Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Welcome To My Blog :D

♥ Terima kasih kerana sudi mendarat ke sini. Jangan lupa datang lagi :) ♥

Sunday, 13 January 2013

Sekolah

Assalamualaikum
Haaaaaaaaaiiiiii Elibadii :)
Kita rindu awak lah. Haa awak lah! Yang tengah baca blog saya ni.
HIHI

K dah lama empunya blog ni tak mengupdate blog yang comel 'lah jugak' ni. Sebenarnya malas gila nak update. Tapi ada banyak sangat cerita yang nak share ni. Haa mesti korang semua nak tahu kan? Weheeee~

Hehe Seperti yang tertera pada calender 2013.. Hari ni 13.1.13. Woaa nicelah tarikh hari ni. K abaikan =.= So this year i'm turning sixteen  maa. Dah jadi upper form dah den haa. Serious macam tak caya je xD Haa amacam musim persekolahan korang? Mesti ada yang dah berpindah ke sekolah baru kan. Hmm macam aku nanti. EH? Haaa yang tu kita cerita satgi eh :)

Buat masa sekarang ni, aku still sekolah dekat SMK Puteri. Yeahh bangunan yang masih teguh berwarna oren tu leeww. And, aku dapat class 4 Zeta. Kelas pure science. Kkk aku tahu aliran tu tak masuk langsung dengan ambition aku. Tapi.. Tak kan lah aku nak ambil LK? Aku tak minat weh. Aku bukan nak jadi Engineer or Arkitek. LOL =.= Account apatah lagi. Aku langsung takde basic perdagangan. HAHA

Okay cerita pasal class tahun ni, aku still sama class dengan Fadhilah, Nadiya, Syira Khalid, Eira Latif and Izza. Since form1 aku classmate dengan Fad and Nadiya.  So it means jodoh kitaorang memang kuat. Perghh~ Eh rasa lainlah class tahun ni. Sebab takde mereka mereka ini -> Damia, Iera Aziz, Susan, Bonisha, Sobana, Simran.. Ahh ramai lagi lah~ Dah 3 tahun duduk class Beta dengan meraka. Kalau dulu meraka meraka inilah yang menyumbang kemeriahan dan kebisingan di dalam class. But for this year, ramai yang dah masuk Theta and Omega. Budak pandailah katakan~
Dalam class, aku duduk sebelah Fad. Belakang aku Eira, Syira, and the next Batrisya and Izza. Class kitaorang dekat blog B, tingkat atas sekali doe. Tingkat 4. Alahai semput den. Amikkauuu!!

Seriously, tahun 2013 banyak bezanya dengan tahun lepas. Asrama pon dah rasa lain macam (bagi aku) . Tapi peraturan masih sama and dekat bilik prep dah ada CCTV. Ada CCTV pon ada je yang makan dalam bilik prep. LOL! But tahap kebisingan dah berkurang 'lah jugak'. Takdelah bising macam pasar like tahun lepas. And form4, hanya prep di bilik exco. Ada 3 meja je dalam tu. Yelaa kitaorang hanya ada 14 orang (kalau campur 2 org budak baru tu). So far yang masih setia di samping aku ialah Mas, MeeraTenet, Hani, Dean and Fini. See.. Jodoh kitaorang memang kuat :D Budak hoki form4 pulak tinggal 5 orang je. Lewls.
Aku rasa hidup aku dah rotate 180 degree. Nasib belum 360 lagi. 360 maybe 21 haribulan ni~ LALALA ready je laaa

Dekat asrama, aku dapat dorm 1B and aku sorang je pelajar Tingkatan 4 dalam dorm tu. Takpe, tak mati pon. Senior dalam dorm tu ada 2 orang, Kak Nisa and Kak Saba. Diorang okay. But, aku rindu suasana dorm 1D last year. Seriously :/ Rindu akak akak form5 last year. EH? Rasa lain bila akak akak last year takde. Kak Dina, Kak Aliya, Kak Nad.. Yang pasti aku rindu kawan kawan aku. K nak nangis!
Haihh rindu all our moment. Kalau korang nak tahu minggu first sekolah setiap malam aku menangis. Tak leh blah hari first and second sekolah, aku pergi sekolah dengan mata yang sembab. Menangis punya pasal lah. Sebab aku rindu Aimi and yang lain lain.

Kekadang rasa macam takde mood nak pergi sekolah time pagi pagi tu. Dulu setiap pagi before start assembly mesti duduk dalam surau dengan Aimi, Dibah, Petak, Zana and Ieka. Sebab kitaorang (budak asrama) selalu sampai awal. Tapi sekarang dengan Hani je. Tenet dengan Dean selalu duduk dekat kantin. BTW Aimi and Petak still ada dekat sekolah. Just diorang jadi outsider. Petak kata kalau dia tak dapat Teknik Tuanku Jaafar dia stay je Puteri and akan duduk asrama. And semalam dia bagitahu aku yang dia tak dapat masuk sana. Haa memang, time aku nak blah lah baru kau nak munculkan diri dekat asrama !

Sebenarnya sekarang aku rasa sunyi sangat dekat asrama. Mungkin kauorang tengok aku okay and happy je. Tapi sebenarnya tak. Selalunya after prep malam aku akan jalan sesama dengan Aimi.. Then pergi makan dekat dining dengan dia.. Pergi ampaian sesama. Kekadang dia teman aku pergi call dekat public phone. Tapi sekarang aku buat semua tu sesorang. Takde siapa yang tunggu aku masa habis prep lagi. Sekarang, aku mana ada makan malam. Rasa lain macam weh. Sebelum ni waktu pagi pagi masa nak pergi sekolah, aku akan duduk sebelah Aimi. Tapi sekarang? Hmm :/


Even sekarang dia dah tak duduk asrama, kitaorang masih rapat dekat sekolah. Kelas aku dekat je dengan kelas dia. Time rehat, kitaorang rehat sesama, and kekadang balik pon sesama. Setiap hari dia teman aku tunggu bas dekat van putih yang jual makanan tu, sementara dia tunggu Ayah dia jemput. Nasib baiklah aku ada dia lagi dekat sekolah. Kayy aku tak boleh bayangkan kalau dia jadi pindah Sri Pagi. Hmm


Hari tu aku dengan Tenet call Dibah dekat asrama. Tah pahal aku feeling sangat cakap dengan dia malam tu, sampai mengalir air mata aku. Mungkin aku rindu sangat dekat dia. Dibah Oh Dibah~ Kalaulah setiap pertemuan takde wujud perpisahan, alangkah freedom-nya. Paradise dohh! Hari Jumaat haritu skyping with Aeyyn Bella. Bila Ain start nangis, mata aku pon dah start berair haa. Aku rindu kawan aku sorang tu. Rindu nak menggila dengan dia.

Kau tahu tak, sekarang exco form4 ada 3 orang je. Nadiya, Puteri and Hani. HAHAHA. Sedih kan? Kalau dulu ada Dibah, Ain, Eika, Yas.. Kkk chill. Weh Ain, kau ingat tak masa kita fly dekat belakang surau tu.. Kau ada conteng something dekat dinding tu as kenangan 'lah katakan' . Hiww~ Hari tu aku lalu dekat situ then tengok hasil tangan kau tu masih terpahat pada dinding. K sebak dah ni.

Since 2010 aku kenal kauorang semua. Nak aku sebut nama ke? Senang cite pelajar asrama Tinglatan3 last year :) Kauorang dah masak sangat dengan sikap aku ni. HAHA

Aku rindu suasana prep yang dulu. Ingat tak aku pernah nangis dalam prep sebab essay aku tak siap lagi. Time tu dah nak habis prep dah. Teacher nak essay tu besok. Aku tak siap lagi sebab sibuk siapkan homework lain and malam tu ada tuition. PLUS, aku tak dapat siapkan essay tu. Time tu aku rasa stress sangat. K lawak bila ingat balik. Korang kasi aku semangat, kata "GO Intan! GO GO GO!!"  time tu aku dah gelak. Padahal tengah nangis tu. Then Hani, Aimi, Zana kasi idea sampai essay aku tu siap. Happy gila! :D

Pernah satu hari ni pulak, aku sedih gila babi sebab paper English aku (Trial dari Negeri mana entah) aku dapat markah paling rendah dalam class. Rasa down gila gila lah. Dah lah nak dekat PMR time tu. Aku rasa aku tak layak berada dalam class tu~ Mujurlah lepas English terus rehat. Then time rehat aku nampak Zana and Petak dekat blog MPV, tengah menikmati hidangan. Aku pergi dekat diorang and cerita pasal tu. Diorang kasi aku semangat and buat lawak biar aku henti menangis. K aku rindu masa tu :')

Ingat tak, kalau hari Ahad masa prep malam mesti kita akan share makanan. Yelaa hari Ahad kan masing masing baru balik dari rumah. Ada je makanan yang kita bawak. Prep kita ada carpet. So lending lending dekat bawah tu. Letak makanan dekat bawah then makan ramai ramai. Macam orang kebulur lah katakan. Kita ada 18 orang. 18 18 tu makan ramai ramai. 1 bekas mee sup tu kita share. Padahal bukan banyak mana pon. Tak cukup sudu, guna tangan pulak. Makan mee guna tangan? Dah biasa dah. Hahahahahahahahahaha.. Murtabak yang Memey bawak yang ada berapa keping je tu pon kita masih boleh share ramai ramai. Hahaha lawak lah :D
Dalam prep pulak, meja group aku yang paling bising. 1 meja tu ada 4 orang. Aku, Aimi, Meera and Mas. Haa memang riuh lah. Selalu je kena marah dengan Nadiya and Ekin. Bhahahaha ^^

Nak cerita kenangan dengan diorang, banyak sangat. Rasa lain tanpa diorang. Aku takkan lupa kauorang semua weh.

Okay berbalik pasal : 21 haribulan ni hidup aku akan rotate 360 darjah.
Sebenarnya permohonan aku ke sekolah teknik telah diluluskan. Teknik Melaka Bukit Piatu. K aku bersyukur sangat. Alhamdulillah sebab aku memang dah lama pasang niat nak sekolah sana. Dekat sana nanti aku amik aliran sains Pertanian. K aku tak tahu lah apa yang aku buat ni betul ke tak. Hmm. Subjek dia sama je macam Science Stream but tambah Sains Pertanian.

So next week adalah minggu last aku dekat SMK Puteri and di asrama. Lepas tu aku akan berada jauh dari kauorang semua. Sedih, happy, risau. . . Semuanya sedang bercampur baur. Eceehhh ayat gelabah dah keluar xD Kalau Aimi and Dibah masih ada dekat Asrama, sumpah aku takkan pindah dari Puteri weh. Sebenarnya aku berat sangat nak pindah sekolah. Nanti semuanya baru. Aku kena sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Kawan kawan baru. Aku tak tahu sama ada ini yang terbaik atau tak. Sebab ada yang kata, tak payah pergi teknik, stay je dekat Puteri. Aku memang ada fikir cenggitu tapi aku tak nak duduk asrama puteri tu lagi. Aku ada mintak dekat ibu aku untuk jadi outsider. Tapi ibu aku tak kasi. Dia kata leceh kena naik van tu semua. Ibu aku tak faham K aku sedih :/