Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Welcome To My Blog :D

♥ Terima kasih kerana sudi mendarat ke sini. Jangan lupa datang lagi :) ♥

Thursday, 29 November 2012

Crush

Kekadang kita terpaksa tipu orang yang kita sayang sebab kita nak jaga hati dia. Kita tipu orang yang kita sayang sebab kita tak nak dia kecewa walaupun sebenarnya kita tak tahu perasaan dia macamana. Padahal dia tahu yang kita tipu dia. Dia senyap je bila kita tipu dia. Maybe dia tahu yang kita tak maksudkannya or maybe dia nak tengok kita happy dengan orang tu. Kita pulak risau kalau dia dapat tahu kita tipu dia sebab kita takut hubungan baik kita dengan dia terjejas bila dia dapat tahu. Bila kita tahu yang dia dah tahu, kita mula relek sebab dah tak perlu tipu tipu lagi and lama kelamaan kita dah mula ignorekan dia. Satu hari  kita baru sedar perubahan tu. Kita dan dia dah tak rapat macam dulu. Dan dia pun dah mula jauhkan diri dari kita. Maybe dia tak nak kacau hubungan kita or maybe dia dah ada yang punya. Kita sedih sebab dia macam takde perasaan je. Malam tadi kita call dia sebab kita rindu nak dengar suara dia.. Dia macam tahu tahu je yang kita tengah sedih. Tetibe rasa macam sayu je bila dengar suara dia. Kita nangis dalam call tu. Tapi dia tak tahu pun. Dia tanya kita kenapa ni. Kita senyap sebab kita tengah nangis masa tu. Kita kawal sebab nak balas apa yang dia tanya tu. Kita cakap yang kita rindu nak dengar suara dia. Tapi tak tahu lah dia dengar ke tak apa yang kita kata tu. Kita terus nangis. Tak tahu kenapa malam tadi boleh nagis sebab airmata di spontan je keluar. Dia tanya kita, kita senyap je. Then kita letak sebab kita tak tahan sangat.