Assalamualaikum

Setelah lebih kurang 2 minggu PMR sudahpun menutup tirai, kini bendera 'freedom' bagi batch 1997 sedang megah berkibar. freedom lah sangat -.-
Tapi untuk aku, aku rasa aku tak akan rasa freedom selagi berada dalam 'Asrama Puteri Melayu' yang jauh tersorok macam dekat penjara pon ada.
Alahai ingatkan after PMR ni dah boleh huhah sana sini. Tak gunalah aku laungkan laungan 'Merdeka' sebanyak 7 kali after keluar dari dewan exam hari tu.
Sejak PMR dah berlalu ni aku dah mula berjinak jinak dengan Novel. Ini semua disebabkan mood bosan yang menguasai ni. Dah lama aku tinggalkan tabiat ni. Last masa darjah 6. Kalau dekat rak buku aku, memang penuh koleksi novel PTS ONE.

Serious after PMR rasa bosan tahap cipan. Tak nak pergi sekolah. Tak nak duduk asrama. Nak duduk rumah. Aktiviti dekat sekolah semuanya membosankan. Macam aktiviti sekolah rendah je. Nasib baik aku duduk asrama. Kalau aku jadi budak outsider, jangan haraplah aku akan munculkan muka yang boleh tahan comel ni dekat sekolah bangunan oren tu.
Tapi malangnya, takdir telah menentukan bahawasanya aku ni pelajar asrama yang sememangnya diwajibkan datang setiap hari ke sekolah. Lagipun kalau aku tak datang sekolah even sehari, diorang semua akan rindu aku. Sampai demam demam. Aku taknaklah macam tu. Nanti habislah bulu mata aku gugur disebabkan nafsu rindu mereka semua tu dekat aku. Kekekekekekekekekehh

Tapi senior kata
---> Habis PMR je kodd. Korang tak payah nak happy sangatlah. SPM ada lagi.
Tapi masa korang dekat tempat kitaorang pun korang jadi macam ni jugak. Macam ni yang macam mana tu?? I mean memekak + gelak tak ingat dunia. HEHE :3




Hai ! Selamat datang ke blog saya. Blog saya berkonsep bebas dan saya menggunakan nama 'Waweng' sebagai nama pena. Penulisan saya dalam blog ini tidak semestinya melambangkan siapa saya dan begitu juga sebaliknya. Kalau suka baca blog saya, anda boleh tekan button follow :D